Friday, July 9, 2010

Pengalaman di atas kapal Marwi Marmara- Ustaz Hasanuddin

Alhamdulillah aku telah diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk mendengar perkongsian daripada Ustaz Hasanuddin, Pengerusi Aqsa Syarif Malaysia mengenai pengalaman beliau ketika diserang dan ditahan oleh Yahudi laknatullah di dalam misi kemanusiaan Life Line for Ghaza.

Ustaz membuka ceramah beliau dengan menceritakan kembali peristiwa Israk Mikraj memandangkan kita sekarang berada dalam bulan Rejab dan memandangkan peristiwa ini turut membuktikan kepentingan masjidil aqsa kepada umat Islam – Israk mikraj mengikut jumhur ulama berlaku pada 27 rejab, tahun ke-10 Nubuwwah (kenabian). Tahun yang sama digelar sebagai tahun kesedihan bagi junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w disebabkan oleh 3 peristiwa. Pertama, kewafatan Siti Khadijah r.a, isteri yang paling disayangi Rasulullah, sumber ketenangan dan sokongan baginda. Kedua, meninggalnya Abu talib, bapa saudara yang menjadi pelindung Rasulullah daripada kekejaman musyrikin Makkah dalam keadaan tidak beriman dan ketiga, kegagalan hijrah di Thaif di mana Rasulullah telah dibaling dengan batu dan dihalau keluar dari sana. Di dalam peristiwa Israk Mikraj yang bermula di Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sebelum naik ke sidratul muntaha, Allah telah membuka hijab-Nya kepada kekasih-Nya dan pada masa yang sama mengubati kesedihan Rasulullah. Sehingga baginda merasakan kesedihan yang baginda rasai adalah kecil berbanding penderitaan dan ujian para Rasul dan anbiya’ sebelumnya. Paeristiwa ini juga menjadi permulaan kepada kewajiban solat 5 waktu kepada seluruh ummat Muhammad.

Kemudian ustaz menyentuh tentang agenda yahudi di Palestine dimana pada tahun 1924, Yahudi mula membeli tanah daripada penduduk Palestine dan bangsa arab yang lain dengan harga yang berlipat kali ganda, memperkenalkan riba, arak, judi dan hiburan kepada rakyat Palestine, membawa kepada jauhnya rakyat Palestine dari Allah dan ajaran Islam yang sebenar. Pada tahun 1948, Yahudi menghalau rakyat Palestine dari kediaman mereka menggunakan tanah2 yg telah mereka beli dan secara rasmi menisytiharkan penubuhan sebuah Negara Yahudi. Tahun 1967, mereka mengambil alih dan membakar masjidil Aqsa, memisahkan perkampungan2 rakyat Palestine dan membina tembok. Sehingga sekarang hamper 62 tahun Palestine masih berdarah. Dalam kitab Thalmud rekaan Yahudi, ada tertulis bahawa Tuhan menciptakan bangsa lain selain Yahudi untuk dipijak dan dibunuh oleh kaum Yahudi.

Seterusnya, kisah benar di atas kapal Marwi marmara- kapal tersebut sebenarnya adalah sebuah kapal second hand yang dibeli dan dibaiki semula oleh gabungan beberapa NGO. Kapal tersebut membawa bahan makanan, 10 tan ubat-ubatan dan 10 000 tan bahan binaan. Objektif mereka yang ke sana adalah untuk membawa masuk bantuan tersebut kepada rakyat Palestine, pada masa yang sama membuka peluang kepada lebih banyak lagi bantuan2 yang akan sampai selepas ini dan mencelikkan mata penduduk dunia tentang kekejaman Yahudi di Palestine.

Peristiwa serangan bermula dengan kelihatannya kelibat helicopter Israel. Sedangkan kapal pada ketika itu berada pada kedudukan 80 batu nautika, masih diperairan antarabangsa, belum menceroboh mana2 kawasan Israel. Signal dihantar oleh pihak kapal memaklumkan bahawa kapal yang dinaiki merupakan sebuah kapal kemanusiaan, tanpa membawa sebarang senjata. Kemudian, helicopter beredar. Pada pukul 3 pagi, ustaz dan yang lain dikejutkan dengan bunyi bising dan menyangka kapal mereka telah diserang. Tetapi rupa-rupanya ada sekumpulan ikan yang mengilingi kapal mereka. Mereka percaya bahawa ikan-ikan tersebut adalah tentera2 Allah yang mengejutkan mereka untuk bangun Qiyamullail. Mencontohi sejrah bagaimana Salahuddin al-Ayubi yang hanya membenarkan tentera yang bangun Qiyamullail untuk sama2 berperang denagn beliau dalam misi membebaskan Palestine dan nyata sejarah mencatatkan kemenangan Salahuddin al-Ayubi. Pada pukul 4.30 pagi usai solat subuh, bot laju komando tanpa apa2 pengenalan diri, lengkap bersenjata mendekati kapal mereka. Kapten kapal menggunakan pelbagai bahasa supaya bot tersebut tidak mengganggu mereka dan memaklumkan bahawa mereka adalah pasukan kemanusiaan. Helikopter Israel turut terbang kea rah mereka dan tentera Israel cuba turun ke dalam kapal menggunakan tangga. Ahli kapal menggunakan semburan air untuk menghalang usaha mereka dan nyata Yahudi memang penakut dan helicopter tersebut beredar. Ustaz turut menceritakan bahawa ada seorang komando yang berjaya mereka tahan. Setelah membuang semua senjata yang berada di badan komando tersebut, dia dilepaskan begitu saja. Ulama yang berada di situ melarang mereka menyakiti komando tersebut. Namun apabila semakin ramai komando yang menaiki kapal, mereka terpaksa mempertahankan diri dengan apa sahaja yang mereka ada. Pisau dapur, lastik, besi dan sebagainya. Gas pemedih mata turut dilemparkan namun alhamdullah dengan bantuan Allah dating angin rebut yang membawa gas tersebut. Tidak ada seorang pun ahli sukarelawan yang terkesan dengan gas tersebut. Tentera Israel melepaskan tembakan dan 9 orang sukarelawan syahid. Darah pekat mengalir membasahi dinding2 kapal..Sukarelawan yang lain pula ditawan, dipijak-pijak dan diacukan senjata ke kepala mereka, termasuklah ustaz. Walaupun usaha sukarelawan-sukarelawan marwi marmara untuk menghantar bekalan makanan, ubat-ubtan dan bahan binaan ke Palestine tidak berjya namun, Marwi Marmara berjaya membuatakan kerajaan Malaysia untuk tidak mempunyai pilihan lain selain mengutuk Israel dan mendesak PBBB menghukum Israel. Ahli-ahli politik dari Negara Malaysia dan Negara luar mula berbicara tentang Israel. Ikhlas atau tiadak, itu tadak penting, kita memerlukan tekanan yang berterusan terhadap kekejaman Israel di Palestine dari pelbagai pihak. Marwi Marmara juga membuka ruang kapada banyak lagi bantuan kemanusiaan yang akan dihantar untuk cuba memasuki Ghaza.

Sama-samalah kita berdoa agar Palestine bebas dari cengkaman yahudi laknatullah!!!!

No comments: