Sunday, July 11, 2010

Halangan-halangan taubat


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Semua ummatku masuk syurga, kecuali orang yang tidak mahu. Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, siapa orang yang tidak mahu masuk syurga? Rasulullah bersabda, “Siapa taat kepadaku, ia masuk syurga. Dan, siapa tidak taat kepadaku, ia tidak mahu masuk syurga.” –HR Bukhari

Orang2 yang tidak mahu memasuki syurga Allah munkin kerana tidak tahu jalan menujunya, malas masuk ke dalamnya atau lebih cenderung kepada kenikmatan dunia. Penolakan ini mempunyai banyak sebab dalam bentuk halangan2 yang membelenggu jiwa manusia dan menyebabkan mereka tidak bias melakukan taubat nasuha yakni kunci untuk memasuki syurga yang dipenuhi dengan pelbagai macam nikmat yang telah Allah janjikan. Halangan2 inilah yang menyebabkan mereka tidak mahu masuk syurga sedangkan mereka tahu kenikmatan abadi yang ada di dalamnya. Antara halangan2 kepada taubat nasuha ialah:

1) Tidak menghapuskan berhala-berhala

Pada zaman jahiliah dahulu, kita dapat melihat bahawa berhala-berhala yang disembah adalah dari bentuk patung-patung yang tidak bernyawa. Namun, selain itu hawa nafsu juga merupakan berhala2 yang disembah selain Allah. Sebagaimana firman Allah s.a.w:

“Terangkan kepadaku orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya?”

(Al-Furqan: 43)

Jadi, riba itu berhala, zina itu berhala, tidak menutup aurat itu berhala dan apa saja yang disukai oleh jiwa tetapi dimurkai oleh Allah s.w.t itu adalah berhala2 yang disembah selain Allah. Taubat seseorang manusia itu tidak sempurna selagi semua berhala tidak dihapuskan dan diniarkannya hidup subur. Jika seseorang itu telah bertaubat tetapi berhala2 yang seperti dimaksudkan tadi masih bersemayam di dalam dirinya, taubat itu taubat palsu kerana berhala2 tersebut akan terus merayu, menggoda dan membuatnya ribdu kembali kepada ‘tuhannya’. Jadi, jika kita ingin taubat kita dinilai sebagai taubat nasuha di sisi Allah, hapuskan semua perkara yang mengaikan diri kita dengan masa lalu dan maksiat misalnya muzik, gambar, persahabatan dengan bukan muhrim dan sebagainya.

2) Tempat maksiat

Tidak merubah tempat dan masih berada di dalam lingkungan maksiat. Sebagaimana kisah seorang pembunuh yang telah mebunuh 100 orang dan apabila dia ingin bertaubat, dia meminta pandangan seorang ‘alim. Dan orang ‘alim tersebut menyuruhnya berhijrah meninggalkan tempatnya sekarang.

Cuba kita bayangkan, bagaimana taubat orang yang berzina (nu’uzubillah..moga kita dijauhi) bias baik jika ia masih kerja di tempat pelacuran, taubat dari bersahabta dengan lelaki bias baik jika ia tetap mendatangi tempat2 yang menjadi tempat berkumpul lelaki? Jidi, jika ingin bertaubat nasuha, tinggalkan tempat maksiat!

3) Hati tertarik kepada dosa

Taubat main2 dan bentuknya: lemahnya tekad untuk tidak kembali kepda maksiat, hati masih tertarik kepada dosa dari hari ke hari dan ingat keasyikan mengerjakannya. Perkara sebegini terjadi kerana lemahnya taqarrub kepada Allah taala. Fikiran seseorang akan selalu diliputi perasaan was-was dan pikiran2 setan. Perasaan sebegini dapat dikikis dengan merasakan selalu diawasi oleh Allah, beristighfar dan memnta perlindungan dari-Nya agar dijauhkan dari godaan syaitan yang terkutuk.

4) Lalai dan leka

Perjalan enuju akhirat adalah lambat, jad oarng yang bertaubat mungkin akan menjadi statik

atau melakukan perkara2 yang merosakkan taubatnya. Tanda taubat main2 juga adalah: mata kering hingga tidak bias menangis mengenagkan dosa2 yang dilakukan, lalai terus menerus, dan tidak mengerjakan amal soleh yang ia kerjakan setelah bertaubat. Orang2 yang tidak mengerjakan amal soleh selepas taubat akan menjadi stagnant apabila bekalan lama telah habis. Dan amal salih tidak akan dapat dilakukan jika tidak ada perasaan sentiasa diawasi oleh allah dalam semua kondisi – perkataan, perbutan, tidur, sedar, diam dan bergerak.

5) Tidak merubah teman

Seorang hamba yang telah bertaubat tetapi dikelilingi oleh rakan2 seperti di bawah:

Si A mentertawakan komitmennya dengan Islam, Si B mengunkit saat2 indah ketika bercinta, Si C bercakap dengan wanita di depan matanya, Si D membicarakan maksiat di luar negeri.

Mana mungkin orang yang telah bertaubat mampu tegar? Jika dia tidak mangganti teman akrabnya dengan orang2 yang lebih baik, tidak mustahil dia akan kembali kepada situasinya yang dulu. Berteman dengan orang yang jahat, eperibadian kita akan mengikut mereka tanpa kita sedari. Bukan hanya perbuatan dan perkataan tapi juga melihat kepadanya atau photonya juga kita mungkin boleh terpengaruh.

6) Lupakan kematian dan su’ul khatimah

Seseorang akan mengalami kesulitan besar jika setiap kali ingin bertahan pada taubat nasuhanya tapi pada saat yang sama dia merasa rindu untuk kembali pada masa lalunya. Terbuai dengan angan2 kosong dan kesihatan yang ia rasakan sekarang. Menyuruh diri menunda amal shalih dari waktu ke waktu. Ia lupa pada kematian dan terkejut tatkala kematian datang kepadanya secara tiba2 saat ia lalai dan akhirnya mengalami su’ul khatimah. Sesungguhnya amal perbuatan dinilai dengan waktu akhirnya. Seseorang mungkin melakukan amalan ahli syurga selama hidupnya namun, apabila dia berada selangkah dari pintu syurga, ia beramal dengan amalan ahli neraka dan dimasukkan ke dalam neraka. Begitu juga sebaliknya. Jadi, untuk mati dalam husnul khatimah, kita hendaklah banyak memohon kepada Allah dan meningkatkan kebarangkalian untuk kita mati dalam keadaan yang baik dengan mengisi masa2 kita dengan segala amalan2 yang diredhai Allah..Wallhu’alam… - rujukan: buku taujih ruhiyyah

(# Berazam untuk memenuhi setiap criteria di atas agar taubatku diterima Allah. Untuk kwn2 yang mengenali, andai diri ini bukan lagi seperti dahulu yang kalian kenal, ketahuilah bahawa aku memilih Allah kerana aku mencintainya…)

2 comments:

Adra Rafee said...

salam. che mah, aku rasa aku ada ciri2 terdapat dalam post kali ni...

Laut biru said...

kite kena slalu buat reflection n correction..insyaAllah..Allah itu Maha Pengampun..tp jgn amek kesempatan atas keampunan Allah..