Sunday, July 4, 2010

Kahwin oh kahwin...

" Ada yg mesti kita persiapkan...
hati yang menerima,
jiwa yang rela,
dan keikhlasan untuk berjuang bersama-sama,
Siapkah engkau?"

Kata2 di atas adalah kata2 yg menghiasi muka depan buku "Mencapai Pernikahan Barakah" karya Mohammad Fauzil Adhim buku kedua trilogi "ku pinang engkau dgn hamdalah"

Kata2 itu membuat jantung ku tersentap..meresap ke dalam hati yg paling dalam..muncul satu pertanyaan yg sama.."siapkah aku??"

sejak akhir2 ni makin ramai kawan2 yg menjejakkan kaki ke alam rumah tangga..di usia yg muda..asal cuti je, mesti dapat kad kahwin. tahniah buat mereka;). semoga berbahagia hingga ke syurga...aku? sekali fikir, timbul rase cemburu dalam hati..tapi dua kali fikir, ada sesuatu yg perlu aku siapkan, yg perlu aku capai sebelum bergelar seorang isteri..

salah satu hobi tak rasmi aku ialah melihat gelagat manusia. sambil2 tunggu bas ke..sambil2 beli barng kat pasaraya ke..sambil2 riadah kat taman ke.. sambil2 menjalankan hobi aku yg x rasmi tu, otak ligat berfikir dan pada masa yg sama menilai diri sendiri..

satu hari sementara tunggu kwn aku beli barang kat mall, melintas satu family kat depan aku..ayah, mak dan anak perempuan yg free hair (bukan nak mengata atau membuka aib sesiapa, sekadar perkongsian). Aku mula berfikir, emm..ape tujuan hidup di dunia ni ye? belajar, keje, kahwin, ada anak and..dat's it? juz dat? there must be something else..hmmm..(act, peristiwa ni sebelum aku netul2 mengenal usrah).

Kenapa aku nak kahwin ye??? ikut sunnah..elak maksiat..menghalalkan yg haram..tu je ke??? tu la antara jawapan2 yg ada dlm kepala aku sebelum aku kenal usrah..untuk aku betul2 kenal usrah bukan amek mase dua tiga hari..hampir setahun lebih baru hati ni betul2 redha dan terbuka untuk mengikuti usrah..hati ni perlu dipaksa untuk menerima kebaikan..jalan dakwah dan tarbiyyah perlukan pengorbanan..

Tarbiyyah dan pengalaman hidup akhirnya memberi jawapan kepada persoalan yg dah lama aku cari. Perkahwinan bukan saje untuk mengikut sunnah dan mengelakkan maksiat. Sebuah perkahwinan hendaklah mampu membuatkan kita lebih dekat dgn Allah. Sebuah perkahwinan adalah ibadah. Sepasang suami isteri yg betul2 mengerti akan tujuan penciptaan manusia. sama2 berusaha agar paduan tenaga seorang lelaki dan seorang wanita digunakan di jalan dakwah. saling memberi sokongan dan mengingatkan tatkala salah seorang merasa letih berada di jalan ini..berusaha mendidik anak2 menjadi penerus rantaian dakwah Rasulullah s.a.w. Baru kini aku mengerti kenapa ahli jamaah digalakkan berkahwin sesama mereka..baru kini aku mengerti kenapa murabbi aku cukup takut untuk membuat pilihan dan menyerahkan urusan perkahwinannya pd jamaah..semuanya kerana fikrah..usrah membentuk fikrah..dan suami siteri yg mempunyai fikrah yg sama, InsyaAllah boleh bergerak bersama2..kerana mempunyai matlamat dan kefahaman yg sama..

Jauh di sudut hati, aku juga menginginkan yg sama..namun, layakkah aku menjadi isteri seorang ikhwah?? Dgn ilmu yg x seberapa, dgn iman yg senipis kulit bawang, dgn hari2 yg x sunyi dari dosa..layakkah aku??? Bukan ku pinta seorang hafidz, kerana diri ini bukanlah seorang hafidzah. Bukan ku pinta seorang ustaz, kerana diri ini bukanlah seorang ustazah..Pinta ku Ya Allah, hanya seorang lelaki yg mempunyai fikrah yg sama, bercita2 untuk sentiasa membaiki diri dan bersedia untuk berjuang bersama..adakah pinta ku itu keterlaluan Ya Allah?? Ampunkan hamba-Mu ini Ya Allah..

hati kecil ini juga tertanya2..adakah aku akan terus berada di jalan ini? aku takut..aku takut menjadi orang2 yg tertapis dari jalan ini..aku takut Ya Allah..aku takut Ya Allah..aku takut Ya Allah..Ya Allah, tetapkanlah aku pada jalan dakwah dan tarbiyyah..jalan yg sama yg pernah dilalui oleh Rasul-Mu dan sahabt2 baginda..ameen..


No comments: