Tuesday, April 5, 2011

Lihatlah ke dalam dirimu..

Assalamualaikum..

Hari ini, sy cuma mahu berkongsi tentang satu kesilapan yang telah sy buat. bukan untuk membuka aib sendiri tapi sy mahu agar kita same2 mengambil manfaat dan iktibar. Apa ye? Jom baca..

Semalam sy SMS seorang akh yg amat sy segani untuk bertanya tentang satu perkara. Telah berkahwin dan mempunyai 2 org cahaya mata. Dan sy secara jujur merasakan dia seperti seorang abang yg amat sy hormati. Semoga cerita ini tidak menjadi satu fitnah. Mungkin ada yg pelik atau rasa kenapa sy mesti SMS seorang akh kan? dah habis ke semua akhawat2 kat UIA ni? Sebenarnya, sy pernah utarakan soalan yg sama pada beberapa orang akhawat dan nyata pandangan mereka sama seperti sy atau tidak memuaskan hati sy. Jadi, sy ingin mengetahui pandangan seorang lelaki tentang hal tersebut. Pasal apa ye?? Perbualan kami lebih kurang seperti di bawah:


" Salam..along, apa pendapat along dengan seorang lelaki yg keluar dgn wanita dalam kelompok yg ramai? saje2 je keluar jalan2.."

" Salam..Hm, pendapat along?? susah gak..kalu dlm Islam, pape buat bergantung kpd niat + maslahat + hukum (kalau jelas)..kire seiringan x boleh mane datang dulu, mane yg kemudian. Jadi bercampur lelaki perempuan..tgok maslahat..perlu tak. kalau macam mukhayam ke yg memang kekangan masa dan speaker untuk sebahagian isu besar..niat tu plak tgok benda tu baik ke untuk foya2..kalo objektif semata2 bagi lelaki perempuan bercampur sedangkan maslahatnya tak besar mana, jd xbleh la. mungkin rehlah ke air terjun ke..bleh je asing lelaki dan perempuan, tp nak bg bercampur jugak.. kalau hukum pulak tgok aktiviti halal or haram la.. cam nyanyi2 campur laki pompuan ke..=). wallahualam.. kenapa ucu? "

" Hmm..xdala, ucu tak suka tengok. saje nak tahu pendapat along. kot2 orang cakap ucu ni extremis la plak or strict sgt. Ye la, certain org cakap, diorang keluar ramai2, bukan ada buat pape pun. xpe ke long? "


" Hm..setiap orang ada pandangan sendiri..dan pandangan tu nak tahu betul or slah diukur dgn Islam. along pun x suke. tak prefer campur2. if kite bleh suarakan, kita bagi pendapat =)"

" xdala.. Ucu ok le kalau campur lelaki pompuan atas sebab yg bleh diterima dan x boleh dielakkan. macam daurah ke..tapi kalau just saje2 buat program anjuran sendiri pastu campur, ucu tak setuju la. Ucu tak rasa ucu boleh terima seorang lelaki yg macam tu sebagai suami."

" Owh..=) hm..jodoh benda lain plak..=). mungkin dalam byk kebaikan, itu antara 1 kesalahan dia..dan sape tahu 1 masa nanti dia sedar dan jadi lebih baik dari kita. Juz kite doakanlah dan someone kena tegur dia..coz kita pun ada keburukan dan harap org tak judge kita semata2 1 kesalahan kita..=) ke pe pendapat ucu? "

" astaghfirullah hal 'azim..betol ape along cakap tu..entah2 aib kita ni lagi teruk dari dia, cuma orang tak tahu je..ucu dah faham ape maksud along. terima kasih sebab buka mata ucu tentang hal ni. "

" Ala, semua kite buat salah =) dun worry..hm, tapi tak bermakna kite pandang xpe je semua tu..kite tak suka dgn perbuatantu, bukan pada orang.."


Itulah perbualan yg berlangsung antara kami. Perbualan yg sgt membuka mata dan hati sy. Perbualan yg menyedarkan sy betapa hinanya diri ini. melihat kesalahan dan aib orang lain sedangkan aib sendiri? mungkin jauh lebih teruk dan busuk di sisi Allah s.w.t. Seandainya Allah tidak menutup aib tersebut, nescaya sy tidak berani berhadapan dgn masyarakat. Tidak berani menyeru manusia kepada kebaikan lantaran diri yang penuh dgn lumpur kemaksiatan. Ampunkan hambaMu ini Ya Allah dan janganlah Engkau membuka aibku di hadapan sekalian manusia. Hanya kepada Engkau aku berlindung drpd segala kejelekan yg telah aku lakukan. Dan buat mereka2 diluar sana yg telah sy pandang rendah pada mereka sebelum ini, maafkan sy.. kalian lebih mulia dari sy.. maafkan sy..InsyaAllah diri ini akan lebih menghisab diri sendiri sebelum melihat kpd kesalahan org lain. Wallahu'alam..


" Wahai orang2 yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan), dan jangan pula perempuan2 (mengolok-olokkan) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olokkan), janganlah kamu saliang mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dgn gelaran yang buruk. seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (al-Hujurat:11)


* Maafkan aku ya akhi wa ukhti..maafkan aku Ya Allah.. diri ini tak akan lagi mengulangi kesalahan yang sama..maafkan aku..ampunkan aku..:(

4 comments:

@tiF said...

huhuh... kak shima!!!!!! tq.....
haha...entri nie,kak telah menjawab salah 1 soalan kenapa dan mengapa jugak.... so, xpyh la dok text k.shima mlm2 bila kenapa dan mengapa bertanya kn....hahah.. sorry ganggu...

situasi kita sama lah... tqvm tau! syg kak...

Laut biru said...

hehe..same2 syg..akak x rasa terganggu pun dgn soalan2 watif..u can ask me anytime..kalau akak dapat jawab,InsyaAllah akak jwb. kalau x dapat, kite cari jwpn sama2 ea..Huhu :)

@tiF said...

ptq kak shima!!!!!!!!!! haha... nie yg syg kak shima lebih nie.... muah3!!! hehe..

@tiF said...

*tq