Thursday, March 10, 2011

Satu Peringatan Berat

Cerpen ni dari www.ataphijau.com

Sudah 2 tahun aku bergelar seorang doktor. Kehidupan di negara asing cukup memberikan aku cabaran yang besar untuk menjadi seorang muslim. Aurat wanita yang terdedah, kata-kata maki, arak memabukkan di ‘team party’, kesukaran solat dan banyak lagi. Hidup sebagai seorang muslim bagi aku amat sukar.

Aku juga cuba menjadi seorang suami yang soleh, seorang bapa yang mampu mendidik anaknya ke syurga, seorang ahli masyarakat yang mampu membimbing sahabat-sahabat sekeliling ke jalan-Nya dan banyak lagi tanggungjawab yang cuba kupikul. Ah, beratnya!! Berat, berat, berat !

Salah satu ayat dalam kalamullah yang sentiasa menghantui aku adalah ayat yang selalu diulang-ulang dalam usrah, kuliyah dan ceramah – ayat kedua dalam surah As-Saff.

” Wahai Orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya? “

Aku tidak mahu menghurai ayat ini dari sudut pengamalan ibadah-ibadah khusus. Kita semua tahu akan peri pentingnya semua pendakwah mengamalkan ibadah dan akhlak yang disebut-sebut. Kita menyuruh manusia lain membaca Al-Quran setiap hari, maka sudah sewajibnya kita juga mengamalkannya. Kali ini, aku hanya ingin menyentuh isu ini dalam kehidupan seorang doktor!

Satu hari aku terlalu sibuk bekerja sehingga aku tidak sempat nak makan tengah hari, maka aku pun ke gerai dalam hospital untuk membeli makanan ringan bagi mengisi perutku yang sudah lapar. Aku memilih satu ‘bar chocolate’, sebotol ‘fizzy drink’ dan sebungkus ‘crisp’. Tengah aku menjamah makanan, terserempak dengan seorang kerani wad.

“Fairuz, what are you eating?”

“Oh, just a bar of chocolate, Walkers and Club Orange. I didn’t get the chance to eat lunch because it’s so busy today.”

“Oh, that’s not healthy at all!. Shouldn’t a doctor eat helathier food? You should do what you preach, you know” said A laughing

“Hehe, I know. I just don’t have the time”

“There are sandwiches in that shop there. They are better for you. Anyway, I see you around. Bye”

Gullpppp !! Kena sedas. Ya, memang hal makanan ini perkara kecil jika nak dibandingkan dengan hal solat, puasa, haji dan sebagainya. Tetapi menjadi seorang doktor yang menginginkan agar pesakit-pesakitnya sihat dan mengamalkan cara hidup sihat, sudah semestinya kita perlu menjadi ‘role model’ terlebih dahulu.

Bayangkan seorang Consultant Cardiologist yang memarahi pesakit beliau yang akan menjalani pembedahan pintasan jantung (Coronary Artery Bypass Grafting Surgery) menghisap rokok tetapi beliau sendiri apabila pulang ke rumah melakukan perkara yang sama dengan alasan ’stress’ kerja.

Sia-sia berpenat lelah lima tahun mendalam ilmu perubatan, yang dapat hanya ilmunya tapi penghayatannya sangat minima. Marilah sama-sama berubah! Marilah sama-sama berpesan-pesan kepada kebenaran.

WE SHOULD DO WHAT WE PREACH!


# Erkk...pasni dah xleh makan jajan la ea?? or tunggu jadi doc dulu baru stop mkn?? hehe.. ^-^


4 comments:

aizat nasri said...
This comment has been removed by the author.
AisYa said...

salam..wah,bgslah post ni sbb bnda2 simple mcm ni kdg2 kita xsdr klu xdiingatkan.erm..lpas ni kna usaha tingglkn mknn yg kurang sihat tu lah kn.even xde masa nk mkn pun xleh dijadikn alsn utk mkn mknn yg xsihat tu..thanks shima.best sgt post ni :)

Laut biru said...

wsalam.. hehe..sy copy je kak. terbaca kat blog tap hijau tadi. menarik untuk dikongsi. tu la, pasni kena la makan mknan berkhasiat. hehe..insyaAllah..:)

mentari suci said...

menarik sbnrnye..bgsla..so pasni KATAKAN TIDAK pada makanan ringan..hehe