Wednesday, March 9, 2011

Langkah 2 :Mengikuti Jejak Menuju Taqwa..:)

Baiklah sahabat2 sekalian..hari ni kita akan melihat pula langkah kedua untuk menuju Taqwa. Langkah kedua yg sy akan ulas pada hari ni ialah:


B) Muroqobah ( merasakan kebersamaan atau diperhatikan Allah)

Hadith ke-2 dalam hadith 40 Imam Nawawi, apabila ditanya akan Rasulullah s.a.w akan sifat ihsan, baginda Rasulullah s.a.w menjawab:

" Kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihat Allah, dan jika memang kamu tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Allah melihat kamu."


Apa itu muroqobah?

Muroqobah itu merasakan keagungan Allah s.w.t di setiap waktu dan keadaan serta merasakan kebersamaan Nya di kala sepi atau pun ramai.


Macam mana nak amalkan??

Menurut buku Tarbiyah Ruhiyah ni, sebelum kita melakukan sesuatu perkara dan di saat kita mengerjakannya, kita kena check diri kita. Kenapa kita melakukan sesuatu amalan atau perkara? Adakah kerana kepentingan peribadi, kerana populariti atau kerana dorongan untuk mandapat redha Allah dan pahala Nya?

Kalalu kita betul2 melakukan kerana Allah, kita still akan buat sesuatu perkara tu walaupun nafsu kita x suka dan ingin meninggalkannya. Kemudian, kita bulatkan tekad untuk buat ketaatan atau perkara baik tu semata-mata ikhlas kerana Allah dan demi mencari redha Allah. x kisah la ape2 pun. Misalnya bersedekah ke.. p solat jemaah kat masjid ke.. qiamullail ke.. tahani diri dr keluar dgn bukan muhrim ke.. atau mcm2 lagi perkara. Dgn kata lain, kita selalu melihat kepada niat kita. Jika semata-mata kerana Allah, kita laksanakan. Jika tidak, seelok-eloknya kita tinggalkan.

Nak tahu tips mcm mane nak kenal pasti perkara yg kita buat tu baik or buruk x? Sy pernah bace satu buku tajuknya 'Aku Menjadi Akhawat'. Dalam buku tu dia cakap, kalau nak tahu ape yg kita buat tu betul atau x, cuba bygkan jika sewaktu kita sedang buat perkara tersebut, Rasulullah datang kepada kita. Agak2 Rasulullah akan tersenyum dan dgn mesra mengenali kita sbg ummat baginda atau Rasulullah memalingkan wajah suci baginda dari kita dgn penuh kecewa?? Kalau Rasulullah senyum dan menyapa kita, InsyaAllah ape yg kita buat tu betul. Tapi kalau sebaliknya?? Kemungkinan besar atau sememangnya ape yg kita buat tu salah..sebaik2nya kita jgn ulangi perbuatan tu lagi. Jadi, try la guna pendekatan ni. InsyaAllah kalau niat kita baik, Allah akan tunjukkan jalan.. jalan yg sama pernah dilalui para Rasul dan anbiya'.


Jenis-Jenis muroqobah

Ada beberapa jenis muroqobah iaitu:

1) Muroqobah dlm melaksanakan ketaatan adalah dgn ikhlas kepada Nya

2) Muroqobah dlm kemaksiatan adalah dgn taubat, penyesalan dan meninggalkan maksiat tersebut secara keseluruhan

3) Muroqobah dlm hal2 yg harus adalah dgn menjaga adab2 terhadap Allah dan bersyukur atas segala nikmat yg diberikan

4)Muroqobah dlm musibah adalah dengan ridha kepada ketentuan Allah serta memohon pertolongan dari Nya dgn penuh kesabaran


Sahabat2 sekalian, jika kita dah pun merasakan kehadiran Allah dlm setiap situasi yg sy sebutkan di atas dan tetap istiqamah melaksanakannya, tidak syak lagi kita sedang meniti tangga-tangga menuju taqwa. InsyaAllah moga kita sama2 sampai kepada darjat para muttaqin yg mulia..ameen..:)


# Bersambung untuk langkah ke-3, next post ye....mutiara kata untuk hari ni:


" Kesalahan atau kekurangan terbesar kita adalah tidak pernah berjuang maksimum untuk mengisi hari2 yg kita jalani. Kita malah asyik bernostalgia dgn kemajuan masa lalu serta membincangkan rancangan masa depan. Kenapa bersikap begitu wahai kaum muslimin??"


~ wallahu'alam...~

No comments: