Wednesday, March 9, 2011

Mengikuti Jejak Menuju Taqwa..:)


Assalamua’alaikum pembaca sekalian..


Semoga anda dan saya sentiasa berada dalam redha dan kasih sayang Allah. Post sebelum ni kita dah mengetahui tentang hakikat taqwa. Kita dah tahu apa itu taqwa, pastu…camne ea nak jadi org yg bertaqwa? Nak tahu camne?? Jom kita semak ape Dr. Abdullah Nashih Ulwan cakap tentang jalan untuk mencapai taqwa. Jom, bersama2 dgn sy…


(A) Mua’hadah (mengingati perjanjian)


Jalan pertama yang kita perlu lalui untuk menjadi org yg bertaqwa ialah jalan Mu’ahadah iaitu mengingati perjanjian kita dgn Allah s.w.t. Tapi..macam mane nak mu’ahadah tu?? Macam ni..ingat tak kita baca ayat ni tiap kali kita solat?


“Hanya kepada Engkau kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan”

(al-Fatihah: 5)


Takkan x igat kot..ingat kan?? Sehari kita baca 17 kali, tu baru yg wajib, belum campur yg sunat lagi..kalo campur mesti lg byk kan? Kan? Tapi selama ni kita baca, hanya sekadar baca di mulut atau hati kita sekali turut ‘membaca’ nya? Tepuk dada, tanya iman kita ye.. Jadi, untuk jalan Mu’ahadah ni, kita kena selalu ingatkan diri kita tentang ikrar kita ni. Janji kita pada Allah bahawa kita akan hanya menjadi hamba kepada Nya dan hanya Dia tempat kita memohan pertolongan. Bukan menjadi hamba kepada duit, pangkat, buku2, movie, video game atau pun syahwat. Perhambaan bukan sahaja dgn menyembah berhala, bahkan apa saja yg membuatkan kita mengenepikan Allah. Menduakan Allah.. Na'uzubillah. Moga Allah lindungi kita dr mensyirikkan Allah dr sesuatu yg kita ketahui atau tidak..


Setelah kita berikrar dgn Allah, ape yg perlu kita buat? Semestinya kita harus…eh bukan..WAJIB untuk komited dgn ikrar yg kita ucapkan. Bagaimana? Bersedia menghadapi segala kesusahan dalam berada di jalan yg lurus. Bak kata pepatah, jalan menuju syurga ditabur dgn pelbagai macam kesukaran dan kesakitan tapi jalan menuju neraka, dihiasi dgn pelbagai kesenangan yg disukai oleh nafsu dan syahwat. Jadi, kalau kita x pernah rasa susah, sy takut kita berada di jalan menuju neraka..erkk..na’uzubillah.. Dan setelah kita berjanji, jangan sekali-kali kita memungkiri janji kita pada Allah. Setelah Allah berikan kita hidayah dan setelah kita menjadikan Allah sebagai saksi ikrar kita. Selalu ingatkan diri kita agar jangan ingkar setelah kita beriman, jangan tersesat setelah kita mendapat petunjuk. Barangsiapa melanggar janji, maka akibatnya akan menimpa dirinya sendiri. Kita perlu ingat sahabat2 sekalian bahawa maksiat atau dosa yg kita lakukan x sedikit pun memberi kesan kepada sifat2 keagungan dan kesempurnaan Allah. Kekuasaan Allah tidak sedikit pun berkurang kerana kemaksiatan yg kita lakukan dan tidak sedikit pun bertambah dgn kebaikan yg kita lakukan. Kerana apa? Kerana Allah itu ‘Maha’ Maha dari segala sifat kesempurnaanya. Tidak ada dah sesuatu yg lebih tinggi dari ‘Maha’. Jadi, bila Allah menggelarkan diriNya ‘Maha’, maka Dia lah yg tertinggi. Tidak berkurang dan tidak bertambah. Jadi, kalau kita buat maksiat, siapa yg rugi?? Kita jugak yg rugi...kan?? Firman Allah s.w.t:


“Seseorang tidak akan memikul dosa orang lain. Dan kami (Allah) tidak akan menurunkan azab kecuali setelah mengutuskan seorang utusan (Rasul).”

(al-Isra’: 15)


Wahai para da’ie, setelah kita mewajibkan diri kita untuk meniti tangga menuju ikrar tesebut, maka insyaAllah kita sedang meniti tangga menuju taqwa. Kita sedang menelusuri jalan rohani dan pada akhirnya akan sampai ke tempat tujuan. Ke darjat para muttaqin (org yg bertaqwa). InsyaAllah…

# hari ni, kita menapak satu langkah dulu ye..esok kita menapak lagi satu langkah insyaAllah.. bukan malas nak menulis, tapi biarlah ilmu yg kita dapat sedikit demi sedikit tapi kita dapat amalkan. Lebih praktikal, lebih berkesan di hati. Kalau sy btau sekali gus semua, nnti takut lupe n x focus. Betol x? Sesungguhnya al-quran itu juga diturunakn secara bertahap.. Oleh itu, jom kita pakat! Mulakan dari sekarng dgn step yg pertama (di atas) untuk mencapai darjat taqwa!! Moga Allah redha.. Selamat beramal…:)

Bersambung…..

2 comments:

Unknown said...

inshallah... moga2 kita menjadi semakin baik. terima kasih atas pencerahan

Laut biru said...

InsyaAllah..ameen..same2 kasih :)