Saturday, January 15, 2011

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami


Sekiranya
Kita cinta kepada manusia
Tak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
Kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
Kita cinta kepada Allah
Kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
Andainya dia adalah jodohku
Yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah keranaMu
Dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah keranaMu
Namun
Andai dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
Berikanlah kekuatan agar aku pasrah
Dalam mengharung ujian
yang Kau berikan kepadaku..

(Pesanan ustaz hasrizal: kita tidak perlu memulakan hubungan jika dlm jangka masa terdekat tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Jangan tergesa-gesa dan jangan bertangguh..)

2 comments:

ina said...

amboi...dh de niat nak nikah ke ni..=)

Laut biru said...

ina: niat memang ada tp bukan sekarang la..tak bersedia lg. byk lagi nak kena persiapkan insyaAllah..=)