Saturday, January 15, 2011

10 sifat calon suami yang baik


jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat2 berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat berikut. Ini sy salin balik dr pamplet yang dapat time talk on cinta: Let's get married -


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awl waktu. Auratnya juga sentiasa terpelihara dan memakai pakaian yang sopan. sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan. (certain lelaki, suka pakai short kan? lutut tu kan aurat cik abg oi..)

2. Akhlaknya baik. iaitu seorang yang nampak tegas tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur (macam khalifah Umar :) .Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia (sy paling anti dgn lelaki yg suka bg gelaran x baik kat kwn2 dia..ish..kang nnt lps kawen, anak2 plak ikut perangai bapak. na'uzubillah..)

3. Tegas mempertahankan maruahnya. tidak berkunjung ke tempat2 yang boleh menjatuhkan maruah dan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros tetapi tidak pula kedekut. tahu membelanjakan wang dgn bijaksana.

6. Menjaga mata dgn tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian. (teringat satu hadith : " Barangsiapa mampu bersetubuh dgn wanita atau gadis secara haram, lalu dia meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka Allah menjaganya pada hari yang penuh ketakutan yang besar (kiamat), dan diharamkannya masuk neraka dan memasukkannya ke dalam syurga. -HR Abu Hurairah & Ibnu Abbas-)

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. (sahabat ibarat cerminan diri kita. kalo nak tau sorg perempuan atu laleki tu camne, tgok kwn yg paling rapat dgnnya. InsyaAllah bagaimana kwnnya, begitulah dia keran ukhuwwah itu berkadar terus dgn iman :)

9. Bertanggungjawab. lihatlah dia dgn keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang. tidak kira semasa bercakap, membuat kerja atau masa kecemasan (erkk..sy rase sy kena byk baiki dlm part ni..huhu..:) time kerja je muka serius semcm, org pun takot..)

#Wallhu'alam..moga setiap rijal yg membaca post ni akan muhasabah dan perbaiki diri..Moga nnt lahirnya org2 sehebat para sahabat rasulullah s.a.w..ameen..

4 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

"jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat2 berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat berikut"

ana selalu nak tambah. org wanita tak boleh berniat nak cari rijal yg soleh sahaja. wanita wajib juga untuk ada sifat2 seperti yg enti utarakan di atas, cuma just kita lwankan la jantinanya.

sbb An-Nur:26 ada katakan, "wanita yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik utk wanita yg baik"

nak ckp kt sini, seorang lelaki juga memerlukan wanita yang ada sifat2 seperti yg enti utarakan di atas.

kurang molek bila ada sesetengah kwn kita(not to mention anyone), yg agak hu-ha, hu-ha tapi mengharapkan seorang lelaki soleh sebagai peneman.

kedua-duanya saling memerlukan. hanya penambahan lah. thx again for sharing. sangat bermanfaat! jzkk.

Laut biru said...

Betol3..sgt bersetuju dgn saudara. Jadi solehah untuk dapat yang soleh. tapi jgn salah niat plak. Jadi solehah biar lah keran Allah dan InsyaAllah suami yg soleh akan menyusul. Same2 lah kita semua bina peribadi muslim yg sebenar. Dgn harapan penyatuan dua hati ini nanti dpt membina sebuah baitul muslim yg kemudiannya berganding tgn, bergabung tenaga mendaki setiap tangga maratib 'amal untuk capai kepada ustaziatul 'alam..insyaAllah..jzkk atas comment..

Unknown said...

danial: pasal wanita hu-ha cari lelaki soleh tu...
well, lelaki tu sendiri janganlah mudah tergoda dengan perempuan macam tu. tak salah nak kan yang baik. tapi lelaki tu sendiri ada pilihan nak pilih yang mana. lagipun kebiasaannya, lelaki yang approach perempuan @ muslimah.

che mah: kalau pilih yang komited dengan tarbiyah inshallah sume setel :)

Laut biru said...

dila: insyaAllah..=)