Tuesday, November 9, 2010

Luahan rasa yg terbuku di hati..

Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis...ehmm..aku dapat rasakan kepahitan..adakah aku sedang bermujahadah?? dalam certain things mungkin..namun masih ada karat2 jahiliyyah yg masih melekat pada diri ini. sesungguhnya aku insan biasa yang kadg2 kalah dlm pertarungan nafsu dan syaitan. dlm sedar mahupun tidak..terkadang terasa penat..mengapa aku yang bersusah payah sedangka rakan2 yg lain bergembira dan bergelak ketawa dlm dunia yg mereka cipta. tika itu iman yang x seberapa menjawab." kerana engkau bukan mereka. kalau bukan engkau, siapa lg? engkau mahu menjadi org2 biasa? engkau mahu menjadi org yg hanya menjadi penonton kpd kebangkitan Islam? engkau punya jwpn di depan TuhanMu akan tgjwb dakwah yg sepatutnya engkau pikul? engkau tak mahu bertemu Rasulullah dg rasa bangga kerana telah menyambung usaha baginda? dan..tak mahukah engkau memandang wajah TuhanMu? bukan senang untuk mendapatkan semua itu...bertahanlah duhai diri..jgn biar engkau tertapis dari jalan ini..sesungguhnya dunia hanya tempat persinggahan..sabarlah..istiqamahlah..

2 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

"mengapa aku yang bersusah payah sedangka rakan2 yg lain bergembira dan bergelak ketawa dlm dunia yg mereka cipta"

terus teringat hadis nabi yg maksdnya, Islam itu hadir dlm keadaan terasing dan akan kembali juga dlm keadaan terasing.
moga istiqamah.

Laut biru said...

insyaAllah..hadith tu la yg hadir dlm fikiran bile rase asing, jd pengubat dan pengingat pd diri yg lemah..doakan ya akh..