Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha..saudara baru..

Buat pertama kalinya tak balik beraya di kampung sebab minggu depan exam..sedih juga rasanya tak dapat bersama keluarga di hari raya. diri menjadi lebih memahami perasaan rakan2 di perantauan dan mensyukuri saat2 bersama keluarga. betul kata pepatah, kita lebih menghargai sesuatu apabila kita hampir atau telah kehilangannya. mlm ni terasa hendak menulis sedangkan byk lg nota2 yang tak bersentuh (maksudnya blum habis bce..hehe). hari ni aku berpeluang berbual dgn seorang saudara baru. byk pengajaran. dari situ aku tau betapa sbg seorang yg muslim dr sebab keturunan, byk benda yang aku blum pelajari sedangkan saudara baru kita sedang belajar. perbandingan agama, kepelbagaian mazhab dan sebagainya. Haaish..ceteknya ilmu..paling buat aku tersentak, dia bercakap tentang ketidak sediaan dirinya untuk berdakwah kpd ahli keluarga kerana masih baru dlm islam. Aku??? yang telah lama mengaku sbgai muslim, ape yg telah aku lakukan untuk keluargaku?? aduss...Ya Allah..ampunkan aku..lemahnya iman..masih bertatih dlm menegur keluarga sendiri sedngkan bercita2 besar untuk sama2 di syurga..Ya Allah, mohon pinjamkan sedikit kekuatan-Mu..

No comments: