Monday, April 11, 2011

Taubat? Tak nak la..nanti buat lagi..




Assalamu'alaikum..

Ada antara kita yg mempunyai niat untuk bertaubat tapi tak terus buat. Nape ye? Ada yang cakap takut nanti buat dosa yg sama lagi. Ada juga yg dah bertaubat tapi mengulangi kesalahan yg sama dan kemudian dah tidak mahu bertaubat. Nape plak ye? Sebab..malu dgn Allah..dah janji tak nak buat tp still buat. Malu pada Allah tu bagus..tapi adakah kita meletakkan malu kita pada Allah di tempat yg betul? Malu untuk bertaubat? Itu persoalannya..

Nyata kita keliru, bahan wajib bagi kita untuk cepat2 bertaubat kpd Allah. Nape ye? Sebab nye..kita tak tahu bila kita akan dipanggil menemui-Nya. Boleh aje kita meninggal dunia sebelum sempat kita bertaubat. Kalo jadi camtu camne? Mengalir air mata darah sekali pun tidak akan mampu membawa kita kembali ke dunia dan bertaubat..

Selain tu, kita kena bersangka baik pd Allah dan kita wajib tahu bahawa setiap kali kita bertaubat kepada Allah, Allah pasti akan menerimanya. At the same time, kita wajib juga tahu yg Allah menurut sangkaan hamba-Nya.

Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (dlm hadith Qudsi):

"Allah berfirman: 'Aku menurut sangkaan hamba-Ku dan Aku akan bersamanya apabila ia mengingat-Ku."
(HR Muslim)


Kemudian, bagi sesiapa je antara kita yg dah bertaubat tapi kembali melakukan dosa yg sama, wajib untuk kita memperbaharui taubat kita.

Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bercerita tentang Rabbnya, beliau bersabda:

" Hamba-ku telah melakukan dosa, kemudian ia berkata; 'Ya Allah, ampunilah dosaku.' Allah tabaaraka wa ta'aala berkata: 'Hamba-Ku telah melakukan dosa dan ia mengetahui bahawa ia memiliki Rabb Yang Maha Mengampuni dosa dam membalas dosa.' Selanjutnya, ia mengulangi dosa itu lalu berkata: 'Ya Allah, ampunilah dosaku'. Allah tabaaraka wa ta'aala berkata: 'Hamba-Ku telah melakukan dosa dan ia mengetahui bahawa ia memiliki Rabb Yang Maha Mengampuni dan membalas dosa.' Setelah itu, ia mengulangi dosa itu sekali lagi dan berkata: 'Ya Allah, ampunilah dosaku'. Allah tabaaraka wa ta'aala berkata: 'Hamba-Ku telah melakukan dosa dan ia mengetahui bahawa ia memiliki Rabb Yang Maha Mengampuni dan membalas dosa.' Berbuatlah sesuka hatimu, sesungguhnya Aku telah mengampunimu."
(HR Muslim)


Imam Nawawi dlm menjelaskan makna hadith ini berkata. "Firman Allah terhadap orang yg selalu mengulangi dosanya yg berbunyi: 'Berbuatlah sesuka hatimu, sesungguhnya Aku telah mengampunimu' maksudnya adalah: 'Selama kamu berbuat dosa kemudian bertaubat, maka Aku pasti akan mengampunimu." - Shahiih Muslim syarah Imam Nawawi

Jadi, sahabat2 yg sy cintai, jangan pernah kita berputus asa dgn rahmat Allah. Bersangka baiklah dgn Allah. Selagi mana nyawa kita belum sampai ke tenggorokan dan selagi mana belum datangnya kiamat, InsyaAllah pintu taubat sentiasa terbuka luas buat kita. tinggal kita je nak atau tak nak. betol x? Ayuh! sama2 kita berlumba-lumba ke arah keampunan dan rahmat Allah. Moga bertemu di sana..:) InsyaAllah.. Wassalam..^_^

2 comments:

@tiF said...

huhu... kak... terima kasih... T_T

Laut biru said...

u are most welcome dik..my pleasure..:)