Monday, March 14, 2011

Langkah ke-4: Mengikuti Jejak Menuju Taqwa..:)

'Asif kalian semua..baru berpeluang untuk menyambung penulisan hari ni sebab laptop baru di baiki. Alhamdulillah.. Baiklah, langkah ke-4 untuk mencapai darjat taqwa ialah:

D) Mu'aqobah

Kalau mengikut pengertian dalam buku Taujih Ruhiyah yg saya baca ni, maksudnya pemberian sanksi. Oleh kerana buku ni buku indonesia, kalau melihat kepada konteks ayat, sanksi tu seperti hukuman. Apabila seseorang mukmin melakukan kesalahan, kita tidak sepatutnya membiarkan kesalahan tersebut sebab jika kita biarkan, in future kita akan tend to do other mistakes dan makin susah untuk kita meninggalkan kesalahan tu. Alah bisa tegal biasa bak kata org melayu. kesalahan tidak lagi dirasakan sbg satu kesalahan menyebabkan kita terus bergelumang dosa.

Oleh itu, sebagai salah satu cara untuk memberi peringatan kepada diri sendiri supaya tidak menyalahi ikrar dan dorongan supaya lebih bertaqwa ialah dgn menjatuhkan hukuman kepada diri sendiri atas setiap kesalahan yang dibuat. tapi dgn syarat hukuman tersebut adalah dlm konteks perkara2 yg harus, bukan yang haram. Sebagai contoh, kita menetapkan hukuman dengan mendermakan RM 10 setiap kali kita melambatkan solat atau puasa sunat beberapa hari jika malas untuk bangun qiamullail. Dan apa yg dimaksudkan dgn hukuman yang haram ialah sbg contoh, meninggalkan makan dan minum sehingga membahayakan kesihatan atau membuka aurat di khalayak ramai.

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Umar al-Khattab r.a pergi ke kebunnya. ketika pulang didapatinya orang sudah selesai melaksanakan solat asar berjemaah. Maka beliau berkata, " Aku pergi hanya untuk sebuah kebun, aku pulang orang2 sudah solat asar..kini kebunku aku jadikan sedekah untuk orang2 miskin."

Subhanallah...hebatkan para sahabat Rasulullah?? sedangkan beliau hanya tertinggal solat jemaah, bukan tidak solat fardhu! Bagaimana pula dgn kita?? Jika kita meninggalkan solat fardhu atau melambatkan solat tanpa sebab tapi masih tidak merasa apa2, moga kisah Umar memberikan kita pengajaran. Mendapat syurga itu TIDAK mudah. Saidina Umar r.a adalah salah seorang drpd 10 sahabat yg dijamin syurga. Jadi, kalau kita pun nak masuk syurga, kita kenalah mencontohi org yg dah berjaya..betul tak?? (ada org tak nak masuk syurga ke??)

Kesimpulannya di sini, ada baiknya seorang da'ie mengikuti jejak generasi para sahabat dalam muhasabah diri dan menjatuhkan hukuman kepada diri sendiri jika ia lalai dalam memikul tanggungjawab atau meninggalkan kewajiban kepada Allah dan sesama manusia. kalau kita sudah biasa menjatuhkan hukuman kepada diri tatkala melakukan kesalahan, maka kita sedang melalui jalan menuju taqwa dan insyaAllah kita akan sampai kepada darjat para muttaqin...
selamat beramal...:)

# Langkah terakhir...bersambung next post....=)

No comments: