Sunday, July 25, 2010

INI SEJARAH KITA


As expected, tahun baru pengajian pada tahun ni komitmen semakin banyak..makin banyak tanggungjawab dan tugasan perlu di pikul. Baru hari ni berpeluang tuk tulis blog walau pun jadual weekend ni pun penuh. hari ni nak gi ceramah KPP, esok InsyaAllah ada program bersama adik2 sek. men. keb. sg. isap. erk..ape kaitan dgn post ni??? hehehe..ok lah. Minggu lepas tak sempat nak update blog. Minggu lepas aku ada ikut satu program. ISK- Ini Sejarah Kita. Pengisian disampaikan oleh Kak Nik Aida, seorang guru lepasan sebuah universiti di UK dan dua org akhawat jurusan medic tahun ke-4 di Dublin. Ape yang ni dikongsi ari ni juz d intro yang disampaikan oleh kak nik Aida yang aku rasakan sabgat menarik...;)

Sebelum kita belajar tentang sejarah kita, kita kena la tahu dulu siapa kita yang dimaksudkan. So, siapa kita?? Seorang pelajar muslim atau seorang muslim yang belajar? Mana yang lebih utama? Belajar atau muslim? Mana title yang akan kita bawa sampai bila2 Insya Allah hingga penhujung hidup kita? Pelajar atau muslim? saya rasa jawapannya jelas, terang dan nyata. Seorang muslim itu bagaimana ya?

"(Ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepadanya (ibrahim), "berserah dirilah!" Dia menjawab, "Aku berserah diri kepada Tuhan seluruh alam." (al-Baqarah:131)

Sebagaimana Ibrahim, begitulah sifat seorang muslim. Berserah diri kepada Allah yakni mentaati apa yang disuruh dan menjaga diri dari melakukan setiap larangan Allah s.w.t. Seorang manusia umumnya dapat diibaratkan seperti logam. sabda Rasulullah s.a.w:

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

(HR Bukhari)

Maksud hadis ni ialah character seseorang semasa jahiliyyah tidak akan berubah walaupun dia masuk Islam. Dengan character yang sama seseorang itu akan menjadi muslim yang cemerlang tapi denagn satu syarat 'jika mereka faham". Contohnya Umar al-khattab yang terkenal dengan sifat garangnya semasa jahiliyyah, begitu jugalah beliau semasa keislamannya. Namun, sifat itulah yang beliau gunakan, menjadi kekuatan dalam pembangunan dan penyebaran Islam pada zaman Rasulullah dan zaman selepas kewafatan Rasulullah. Praktikalnya, kita juga harus begitu, menjadi Muslim yang sebenarnya, ikut usrah, bukan bermaksud kita harus merubah nilai baik yang ada pada diri kita. dari seorang yang petah berkata-kata misalnya menjadi seorang yang sangat pendiam. Bukan begitu caranya. Gunakan setiap kelebihan kita untuk menyumbang kepada kebangkitan Islam. Untuk itu sahabat2, kenalilah diri kita, carilah kelebihan kita dan gunalah ia pada jalan dakwah =).

tapi...faham apa yang dimaksudkan dalam hadis tadi ek?? Sabda kekasih Allah:

"Sesiapa yang Allah kehendaki padanya kebaikan. maka diberikan kepadanya kefahaman dalam agama"

dan firman Allah dalam kitab suciNya:

"Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah. Dia akan membukakan dadanya untuk Islam. dan barangsiapa dikehendakiNya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dai (sedang) mendaki ke langit. Demikian Allah menimpakan siksa kepada orang2 yang tidak beriman." (Al-An'am:125)

Kefahamn dalam agama bukan bermakna mengetahui atau mendapat degree dalam setiap bidang ilmu agama. feqah, aqidah, akhlak, tafsir, tasawuf, hadis, sirah dan sebagainya. Ad-din (agama) itu mempunyai 3 komponen wajib iaitu aqidah, ibadat dan akhlak. contoh yang paling ideal jika kita bercakap mengenai kefahamn dalam agama ialah Sumayyah, antara orang2 terawal yang syahid dalam memeperjuangkan kalimah syahadah. Dan Bilal yang sanggup diseksa. jika kita bandingkan ilmu kita dengan ilmu mereka tentang islam pada ketika itu, saya yakin ilmu kita nyata lebih banyak. Pada ketika itu belum ada kewajipan solat dan menutup aurat misalnya. Ummar juga pernah berkata kepada Bilal semasa beliau telah menjadi khalifah bahawa Bilal lebih layak berada ditempatnya lantaran thabatnya dia menyebut "ahad..ahad.." ketika dia diseksa. lalu jawabnya Bilal. "hanya kalimah itu yang aku tahu pada ketika itu wahai Ummar, jika aku tahu lebih dari itu, nescaya lebih banyak yang akan aku katakan." Begitulah sahabat2, betapa yakin dan fahamnya Sumayyah dan Bilal dengan apa yang mereka ketahui. Mereka hanya berpegang pada kalimah syahadah dan janji2 Allah tentang syurga dan neraka. Ini membuktikan kefahaman yang sebenarnya dalam agama mampu melahirkan figur2 hebat dan sanggup mengorbankan jiwa untuk Islam..kita bagaimana??? -bersambung....

(# post ni tulis semalam sebenarnya tp x sempat post. ni pun x habis. schedule yg packed. semalam 8.30am-5.30pm ceramah KPP di PMC, sebelah malam study sket n then ke tadika mukmin di sg.isap bersama program Remaja Raikan Ramadhan (3R). sekarang ngah meeting untuk research in DIC pahang. Next plan 4 today, STUDY!!!!! minitest dah dekat...hu3 ;) )

3 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

ISK sgt memberi impak kpd mereka yg mnghargai sejarah ketamadunan umat Islam. Bagaimana di zaman kegemilangan dulu, perkara2 asas dijaga sehingga la ke tingkat kepimpinan.

InsyaAllah, berkuliah adalah suatu jihad bg remaja Muslim. Moga makin byk remaja Muslim menjadi profesional yg berfikrah utk kita kembali mengangkat sejarah kita dan menjadi lebih baik lg.

Laut biru said...

InsyaAllah..moga kita istiqamah di jalanNya..Biar kita yang manabur benih, cucu cicit kita yang menuai hasilnya..wpun umur kita mungkin tak cukup panjang untuk melihat Islam sbg ustaziatul 'alam, biar anak2, cucu kita yang merasainya. Perumpamaan yang diberi oleh seorang sahabat. mcm pokok durian. Kita yang merasai enaknya buah durian sekarang sedangkan pokok2 durian tu ditanam oleh nenk moyang kita magkin yang tak dapat pun merasai buah durian tersebut. Sesungguhnya janji Allah itu pasti..Islam pastinya akan bangkit!!!

nady (",) said...

ahaa!
jumpa dah blog cek mah.. u can run, but cant hide (",)