Saturday, June 12, 2010

Sahabat..

Sahabat,

Jika kau baik padaku kerana peribadiku,

Ketahuilah aku insan tak sempurna.

Jika kau terhibur kerana tutur kataku,

Ketahuilah mungkin 1 hari nanti aku akan menyiat hatimu.

Jika setiamu kerana menganggap persahabatan kte akan kekal,

Ketahuilah bhwa aku akn pergi jua...

Tapi...

Andaikata kau benci padaku kerana perilaku ku,

tdk selesa kerana kata2ku,

tdk senang dgn diriku sepanjang perkenalan ini,

tiada yg kuharapkan drpada sahabatku kecuali kemaafan dan lapang dada~

Daripada aisyah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda:

Roh-roh adalah suatu himpunan yang terkumpul dgn pelbagai jenis dan ragamnya. Sekiranya terdapat kesamaan daripada segi tabiat dan kecenderungan, ia akan bertaut; sekiranya terdapat percanggahan tabiat dan kecenderungan, ia akan berselisihan.”

Ya Allah,

Kau telah menganugerahkanku seorang sahabat...

maka, aku memohon dan berharap...

Kau sirami dan sinari lah hatinya dgn kehebatan takwa dan iman.

Kau peliharalah peribadinya,

agar dia dapat meleburkan kesolehannya kpd ummah.

Kau kunci dan penjarakanlah bisikan2 syaitan dan godaan2 nafsu,

agar dia tetap teguh berjuang dan bermujahadah untuk agamaMu,

Kau tinggikan dan mantapkanlah semangat perjuangannya,

agar dia menjadi mata2 rantai perjuangan kekasihMu yg tdk pernah kenal putus asa.

Andai dia hampir jatuh n tersungkur ya Allah.......

Kembalikanlah Iman n Takwanya yg kian pudar...

Kau peluklah hatinya...

Kau dakaplah cebisan iman n takwanya...

Kau terimalah cucuran airmatanya...

Agar dia kembali mencari MU ya Allah...

Jangan Kau biarkan dia meraba2 dan terkapai2 mencari sinaran kasihMU ya Allah...

No comments: