Saturday, June 12, 2010

Anak Kita dan Anak Mereka


Anak2 kita, adik2 kita, kwn2 kita malas nak belajar? Ponteng sekolah? Ponteng kelas? Jom kita hayati cerita tentang anak2 Palestine. Moga2 sedikit sebanyak menjadi pengajaran buat kita, betapa kita patut bersyukur kita dapat belajar dlm keadaan yg sgt kondusif.

Mahmoud (9 tahun) dari Beit Hanun, Gaza.

Sekolah dan kanak2 turut menjadi mangsa bedilan zionis dgn alasan mencari pejuang2 Palestine. Sekolah Mahmoud pun sama. Oleh sebab itu, Mahmoud dan kwn2 akan ke rumah guru2 mereka untuk belajar. Mahu belajar Matematik, rumah cikgu Sa'id. Mahu belajar bahasa Inggeris, rumah Cikgu Hannan. bagi Mahmoud, suasana belajar begini amt menyeronokkan. Rejim zionis mungkin dapat meruntuhkan bangunan2 sekolah, tetapi tak dapat meruntuhkan smgt juang dlm diri mereka.

Hind (12 tahun) Tebing Barat.

Untuk sampai ke sekolah, hind dan kwn2 kena berjalan selama 20 minit. Dia tak pernah hadir lambat. Begitu juga dgn rakan2nya yg lain. Itulah tabiat murid2 Palestine. Lewat ke kelas adalah sesuatu yg amat mengaibkan. cikgu mereka pernah berkata bahawa kelewatan mereka ke kelas bermakna mereka melambatkan usaha kemerdekaan tanah Palestine yg mereka cintai. Pernah ada rakan Hind yg menagis teresak-esak kerana lewat dtg ke kelas walau pun tak dimarahi oleh cikgu. Bila ditanya kenapa, dia menjawab, dia tak mahu kerananya rakyat Palestine akan terus hidup merana dan dibunuh oleh Yahudi. Budak 12 tahun memekirkan tentang masalah Ummat? Kita yg sudah besar panjang, ape yg kita fikirkan? kekasih? game? Movie? tepuk dada, tanya iman..

Lou ay (10 tahun) Refah, Gaza.

Rejim zionis menendang pintu rumahnya dan menjerit menyuruh mereka keluar. Bapanya tiada di rumah kerana menziarahi jiran yg cedera ditembak zionis. Hanya Lou ay, ibu dan adik yg ada di rumah ketika itu. Mereka bergegas meninggalkan rumah dgn mencapai ape saje yg sempat. Lou ay masih teringat ibunya menjerit, "beg sekolah kamu! beg sekolah kamu!" Hari itu rumah mereka telah dirobohkan. Keesokan harinya ayah dan ibu membawa Lou ay pergi melihat sisa-sisa rumah mereka. Pesan ayah, urusan rumah biar ayah yg uruskan. kita bina yg baru. kamu cari buku2 kamu. hari ini kamu akan ke sekolah! Di sekolah, tak ada seorang pun jirannya yg ponteng. Pesan Syeikh Maad, imam di salah sebuah masjid di kem mereka:

"Rumah di dunia ini boleh dirobohkan, tetapi rumah kita di syurga kekal selamanya. Oleh itu, carilah jalan untuk membina rumah di syurga, bermula dgn mencari ilmu!"

Rujukan: Maszlee Malik, Konflik Palestine & Israel.

No comments: